Friday, May 4, 2012

Kerja Kursus Geografi : Tugasan 1

Senarai Kandungan

Bil.
Kandungan
Bilangan muka-surat
1.
Penghargaan
1
2.
Pendahuluan
2
3.
Objektif Kajian
3
4.
Kawasan Kajian
4
5.
Dapatan Kajian
6.1 Konsep ekosistem hutan
6.2 Kepentingan ekosistem hutan
6.3 Faktor yang menyebabkan ekosistem hutan terganggu
6.4 Kesan ekosistem hutan terganggu
6.5 Cadangan untuk mengurangkan kesan ekosistem hutan terganggu

6.
Rumusan

7.
Lampiran

8.
Rujukan


 Penghargaan

Pertama sekali, saya bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan kerja kursus ini dengan lancar. Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kedua ibubapa saya iaitu Paing ak Rengga dan Minah ak Hawing kerana telah memberi sokongan moral, membimbing saya ketika menjalankan kajian ini, menyumbang dari segi kewangan serta memberi dorongan.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru tersayang iaitu guru matapelajaran Geografi saya, Cikgu Siti Yuslaini yang telah banyak menolong saya, memberi maklumat dan membimbing saya ketika menjalankan kajian ini.
Begitu juga kepada para responden-responden yang sudi memberi kerjasama dan ingin ditemubual. Juga saya ingin mengucapkan rasa terima kasih saya kepada Cik Gan Chia Lin iaitu Penolong Kanan Pentadbiran yang telah membenarkan saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Selepas itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih saya kepada yang menolong secara langsung ataupun secara tidak langsung untuk menyiapkan kajian ini.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan seperjuangan saya iaitu Ivy Shasa, Artikah dan ramai lagi kerana telah banyak menegur dan membimbing saya sewaktu proses kajian ini dijalankan.
  
Pendahuluan

Saya telah memilih untuk membuat tajuk kajian tentang ekosistem hutan terganggu di kawasan kajian iaitu di Lambir. Saya memilih tajuk ini kerana kedudukan yang strategik. Masa yang diberikan untuk menjalankan  kerja kursus ini ialah bermula dari bilan Februari sehingga bulan Jun iaitu kira-kira 3 bulan.
Saya dan rakan-rakan iaitu Georgieana Anne Hercules, Ivy Shasa John dan Mira Elmealza memilih tajuk Hutan Hujan Tropika di Lambir Miri, Sarawak.
Kami memilih kawasan ini untuk dikaji kerana terdapat kawasan eko-pelancongan terutama kepada pelancong yang berminat untuk menikmati keindahan alam semulajadi dan terdapat sumber flora dan fauna di Hutan Hujan Tropika di Lambir Miri, Sarawak.
Kami menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan. Saya menulis laporan kajian ini secara individu berdasarkan data dan maklumat yang dikumpulkan di kawasan kajian secara berkumpulan. Laporan kajian ini berjaya disiapkan dalam masa enam minggu.


Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan dengan tujuan :-
a)      Menyatakan konsep ekosistem hutan hujan tropika terganggu di Lambir Miri, Sarawak.
b)    Menghuraikan kepentingan ekosistem hutan hujan tropika di Lambir Miri, Sarawak.
c)     Mengenalpasti faktor yang menyebabkan ekosistem hutan terganggu di Lambir Miri, Sarawak.
d)    Menyatakan kesan ekosistem hutan terganggu di Lambir Miri, Sarawak.
e)  Menghuraikan cadangan untuk mengurangkan kesan ekosistem hutan hujan tropika terganggu di Lambir Miri, Sarawak.
f)      Menerap penerapan nilai atau unsur patriotisme dapatan kajian.



Kawasan Kajian

Saya telah memilih Lambir sebagai kawasan kajian saya. Kawasan kajian saya terletak kira-kira 15km dari bandaraya Miri. Jarak antara sekolah saya dengan kawasan kajian saya ialah 12km yang mengambil masa 30minit perjalanan dengan menaiki kereta. Biasanya kos tambang bas sekolah dari sekolah ke kawasan kajian ialah RM3. Bentuk muka bumi yang terdapat di Lambir ialah tanah tinggi. Kebanyakan penduduknya terdiri daripada Kenyah, Melanau, Bidayuh dan sebagainya. (tidak termasuk peta, arah mata angin dll)

8.1 Konsep ekosistem hutan di kawasan kajian


                 Ekosistem adalah satu proses interaksi antara benda-benda hidup (biotik) dengan benda-benda bukan hidup (abiotik) yang wujud dalam alam sekitar. Komponen biotik mengandungi organisma hidup seperti tumbuhan, haiwan dan manusia. Komponen abiotik meliputi persekitaran fizikal atau benda bukan hidup seperti galian, batuan, tanih, air dan udara. Dalam ekosistem hutan hujan tropika, benda hidup saling bergantung antara satu sama lain dan juga bertindak balas dengan benda bukan hidup. Dalam ekosistem wujud rantaian makanan yang bermula daripada tumbuhan yang bertindak sebagai pengeluar.



 8.2 Kepentingan ekosistem hutan di kawasan kajian

a)    Habitat flora dan fauna
       Hasil pemerhatian saya, hutan menjadi sumber pelbagai flora dan fauna. Hutan mempunyai pelbagai hidupan yang terdiri daripada flora seperti orkid, paku pakis, tumbuhan, epifit, periuk kera dan sebagainya. Manakala fauna pula terdiri daripada rusa, monyet, burung dan sebagainya. Apabila ekosistem hutan terganggu di Lambir akan menyebabkan flora dan fauna akan musnah.     
b)   Zon yang mengawal hakisan                                                                                                                                                                                                                                                
Hasil pemerhatian saya, hutan  yang terdapat di Lambir juga berfungsi sebagai penutup bumi semulajadi daripada berlakunya hakisan tanih. Akar-akar pokok juga bertindak mencengkam tanih dan menahan tanih daripada berlakunya hakisan.
c)    Kawasan ekopelancongan
 Hasil pemerhatian saya,  hutan Lambir dijadikan sebagai kawasan ekopelancongan terutama kepada pelancong yang berminat untuk menikmati keindahan alam semulajadi. Di kawasan Lambir pula wujudnya taman negara iaitu Taman Negara Lambir dan taman rekreasi iaitu Borneo Rainforest bagi tujuan ekopelancongan. Pelbagai aktiviti dapat dijalankan seperti perkhemahan, berkayak, berkelah, meredah hutan, mendaki bukit dan sebagainya. Kekayaan flora dan fauna turut menarik minat pelancong asing berkunjung ke Lambir. Saya berharap penduduk-penduduk di Lambir Miri Sarawak menghargai dan mensyukuri anugerah Tuhan.


 8.4 Kesan-kesan ekosistem hutan terganggu di kawasan kajian


a)      Suhu meningkat
Melalui soal selidik saya mendapati penebangan hutan secara berleluasa tanpa kawalan akan meningkatkan suhu udara. Suhu di Lambir akan meningkat kerana tidak ada liputan tumbuh-tumbuhan. Permukaan bumi yang terus menerima pancaran matahari akan menjadi panas. Kekurangan tumbuhan hijau menjalankan proses transpirasi akan menyebabkan udara persekitaran menjadi kering.
b)      Hakisan berlaku
Apabila hutan ditebang, kawasan bercerun khususnya akan terdedah kepada proses hakisan. Selain daripada itu, permukaan bumi menjadi gondol kerana tidak diliputi tumbuhan. Tidak terdapat akar pokok untuk mencengkam tanih dan menyebabkan tanih menjadi longgar seperti yang berlaku di kawasan kampung lereng bukit terjadinya tanah runtuh. Apabila hujan lebat, air larian permukaan akan menghakis permukaan bumi yang longgar khususnya di cerun bukit. Air larian dengan arus yang kuat akan menurun cerun tanpa halangan dan menyebabkan kemusnahan kawasan persekitarannya. Saya berharap penduduk-penduduk di Lambir menghargai alam sekitar.


 8.5 Cadangan untuk mengurangkan kesan ekosistem hutan terganggu di kawasan kajian

a)      Kuat kuasa undang-undang
                Pihak kerajaan perlulah memainkan peranan untuk mengatasi masalah ekosistem hutan terganggu di Lambir. Selain daripada itu juga, hukuman atau denda dikenakan kepada pembalak-pembalak haram. Jabatan perlindungan hidupan liar dan taman negara perlulah menjaga taman negara dan hidupan liar serta memberikan pendidikan yang berkaitan dengan hutan.
b)      Pendidikan alam sekitar
                Pendidikan alam sekitar perlulah dijalankan bagi tujuan membantu penduduk di Lambir memahami tentang pentingnya sumber hutan. Pendidikan alam sekitar ini juga perlulah diterapkan di dalam kurikulum di sekolah menengah dan rendah. Contoh usaha pendidikan ialah melalui kempen kesedaran dan galakan melawat Taman Negara.
c)      Kempen alam sekitar
Kempen alam sekitar ini perlulah dijalankan oleh agensi kerajaan dan bukan kerajaan bagi memupuk sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Selain daripada itu juga, kempen sepertin “Go Green” telah dijalankan di negara kita termasuk di kawasan Lambir dan seluruh Malaysia. Akhir sekali, saya berharap agar penduduk-penduduk di kawasan Lambir memberi kerjasama kepada pihak-pihak tertentu bagi menjayakan program-program yang berkaitan dengan alam sekitar.





   

post with all of my love, hope tinggalkan komen \m/

Tuesday, May 1, 2012



post with all of my love, hope tinggalkan komen \m/




post with all of my love, hope tinggalkan komen \m/